Wednesday, October 7, 2009

Logo PPK


  • Perkataan PELADANG berwarna merah tua bermaksud Peladang Kebangsaan atau "National Farmers"
  • Lingkungan warna merah tua melambangkan perpaduan perjuangan ahli-ahli
  • 14 garis tegak berwarna kuning keemasan melambangkan 13 negeri dan persekutuan.
  • Biji-biji padi berwarna kuning keemasan melambangkan penghasilan yang lumayan.
  • Dua tangan wana hijau tua melambangkan perusahaan pertanian.
  • Warna latarbelakang warna putih melambangkan kesucian dan kemurnian.

Tuesday, September 15, 2009

Pertubuhan Peladang Kawasan

PP yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Peladang ( Akta 109 ) ialah badan korporat yang sah disisi undang – undang dan mempunyai lembaga pengarah yang dipilih oleh ahli – ahlinya. PP disusun mengikut tiga peringkat : peringkat kawasan, negeri dan kebangsaan. PP di peringkat negeri berada di tahap kedua dan PP di peringkat kebangsaan berada di tahap ketiga. Mengikut akta 109, perwujudan PP adalah bermatlamatkan untuk meningkatkan taraf ekonomi dan sosial ahli – ahlinya melalui penglibatan langsung dalam menjalankan aktiviti yang diperlukan bagi mencapai objektif. Aktiviti tersebut termasuk :
Menyediakan khidmat pengembangan dan kemudahan latihan untuk menyiapkan peladang dengan teknologi ke arah kemajuan agrikultur, hortikultur, penternakan, ekonomi rumahtangga, perniagaantani dan lain – lain usaha komersil;
Meningkatkan pengeluaran pertanian daripada kalangan peladang dan pekebun kecil bagi menggalakkan perkembangan yang lebih meluas serta mengkomersilan pertanian dan memajukan perniagaan tani;
Memberi khidmat keperluan ladang, kejenteraan ladang, kemudahan kredit dan meningkatkan pelaburan dalam pertanian dan ekonomi, kemudahan tabungan luar Bandar, pemasaran, gudang penyimpanan dan khidmat pengeringan, kemudahan pengangkutan dan pemprosesan hasil pertanian;
Memberi kemudahan modal permulaan dan meningkatkan pelaburan di kalangan peladang melalui ekuiti penyertaan dalam penerokaan perniagaan tani dan pengkomersilan;
Membantu ahli dalam pengambilan tanah dan pelaksanaan projek pembangunan tersebut;
Menggalakkan dan merangsangkan kumpulan bertindak melalui projek komuniti dan membantu pembangunan kepimpinan;
Memberi khidmat sosial, pendidikan dan kemudahan rekreasi bagi meningkatkan pembangunan sosial dan kebajikan keluarga peladang.